Followers

Friday 16 December 2011

SIGMA Sabah menyokong penuh Himpunan BEBAS

Assalamualaikum.


Hari ini terukir sejarah tersendiri dalam kalangan mahasiswa Malaysia. Himpunan kebebasan akademik yang dijalankan petang ini di Kuala Lumpur  merupakan satu lagi orakan langkah mahasiswa yang patut dipandang serius oleh pihak kerajaan. Setiap rangka tindakan mahasiswa punya asas yang kukuh yang dimurnikan lagi dengan cakna minda yang memikirkan segenap aspek secara universal.

Tindakan mahasiswa untuk berhimpun hari ini yang diketuai oleh pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) iaitu Muhammad Safwan Anang@Talib bukanlah sekadar untuk berseronok dan bukan juga untuk mencari publisiti. Tetapi, kenyataannya adalah mahasiswa memandang jauh polemik akademik negara terutamanya di universiti yang kian melusuh. Justeru itu, satu penegasan atas pendirian mahasiswa dilihat perlu diambil lantaran beberapa siri usaha yang dijalankan untuk membetulkan keadaan sebelum ini bagaikan tidak dampak hasilnya.


http://www.mygamis.net/2011/12/gerakan-menuntut-kebebasan-akademik.html


Usaha serius ini menuntut agar mahasiswa dan para ahli akademik diberikan kebebasan dalam menyampaikan pendapat dan juga teguran ilmiah kepada setiap pihak. Mahasiswa memperjuangkan kebenaran. Setiap kebenaran itu seharusnya tidak ditutup atau dikaburi dari dinampak oleh masyarakat. Kebenaran itu adalah hak setiap individu yang tidak patut disekat dari pengetahuan. Setelah mengetahui kebenaran terpulanglah kepada individu tersebut untuk mengambilnya atau tidak. Tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya merupakan satu kezaliman. Oleh itu, seharusnya setiap pihak memandang positif tindakan mahasiswa demi memperjuangkan hak yakni kebenaran.

Harapan SIGMA Sabah sangat besar akan hal ini. Diharap corak akademik di universiti-universiti seluruh tanah air akan bertambah baik selepas ini dan diharap juga pihak kerajaan akan mengambil serius terhadap setiap isu yang diperjuangkan mahasiswa. Mari sama-sama memperjuangkan kebebasan akademik!


Disediakan oleh,
Nurulnadiah binti Mahzir
Pengerusi SIGMA Sabah
Timbalan Presiden II GAMIS Sabah.

No comments:

Post a Comment